Pages

Powered By Blogger

Monday, December 12, 2011

KeBosanaN

aSSALAmualaikum..
alhamdulillah, dah 13 minggu masa berlalu,cpt jgk yea masa berlalu,tip top tup tup,dah nak final,huaaa..fINAL? nampak sangat preparation xda pon,ada masa dok merapu, dok on9..esk2 mau taw la. Hurm, xseronok la..sunyi,bosan..segala mak nenek lah,huhu..xtau nk wat :(..
nk blik umh!

Sahabat..


Saturday, November 19, 2011

RENDAHKAN EGO itu..

Dari awal aku cuba halang dari meluah sakit dan geram kt org menggunakan apa2 medium. Tapi kali ni, lantaklah.Menyampah jgk, hidup ada kaitan dengan org yang ego tinggi melangit. Meluat pun ada.Susahnya nk ada kwn yg boleh susah payah sama2,rindunya kt kwn2. Betul kta kak,setapak melangkah dari rumah, maka berjumpalah dengan mnusia yg pelbagai ragam..perasaan hebat, lupa diri, dll.

Thursday, November 10, 2011

Biarkan 'dia' berlalu Pergi

Semalam, hari ini dan esok sesuatu yang mampu kita bicara namun sukar untuk mengetahui dan berjanji adakah  matahari akan senantiasa bersinar menerangi kita. Begitulah juga hidup ini, kadangkala 'dia' yang pernah hadir satu ketika dahulu, akan berlalu meninggalkan kita dalam sekelip mata. Begitulah 'mereka', mengapa hadir jika untuk menyakitkan, pergilah..berlalulah tanpa kesan. Namun sukar sebenarnya untuk melaluinya setelah persinggahan 'mereka' cukup manis dan indah untuk diingati. Bibir mungkin mampu tersenyum, namun 'sakit' yang ada dihati terlalu sukar untuk berlalu. Ya Allah, jika 'dia' jodohku, dekatkanlah hati kami pada saat ini, aku xmmpu ketawa dalam kesedihan untuk tempoh yang sungguh menyakitkan. Jika 'dia' bukan takdir jodoh untukku, tutup rapatlah hatiku dari mengingatinya lagi, sesungguhnya aku ingin tenang mengahadapi hari2 mendatang dengan penuh ketenangan'.-Amiin-

Monday, October 24, 2011

AdAKALAnya KiTa PeRlu mEnangis

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA,

Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA,

Berterima kasih kepada orang yang MENYAKITIMU kerana dialah yang mengajarmu erti TABAH,

Berterima kasihlah kepada orang yang MENGENDAHKANMU kerana dialah insan yang,

MEMUPUKMU BERDIKARI,

Berterima kasih pada orang yang MENJATUHKANMU kerana dialah orang yang,

MEMPERHEBATKANMU,

Berterima kasih kepada orang yang MENYEKSAMU kerana dialah jua orang yang MENGUJI 

kesabaran dan ketabahanmu.





Saturday, October 22, 2011

Agk2 sapa erk ada pngalaman cm nieee??

Ibu MerTUAkU!

sEbut jea ibu Mertua, terbayang cerita P.ramlee dulu-dulu, tapi hakikatnya ibu mertua ni tak semua jahat mcm tu, ada jugak yang baik (bukan ada jugak, majoriti baik2 :) ), tapi kan entah lah, kadang-kadang, menantu pulak yang buat hal..oops...........hehe. Pada aku, mak aku, Puan Zaitun Mat Isa adalah seorang ibu mertua yang sangat baik, ibu mertua kepada kakak ipar & abg ipar aku, hehe..aku pulak xda lagi ibu mertua! Tp betapa bertuahnya sapa yang jadi menantu mak. Sungguh, mak anggap semua menantu mak macam anak sendiri, mak xpernah bezakan. SYG nya kt mak! Kadang-kadang ada segelintir menantu-menantu yang buat macam-macam dekat ibu mertua diorang, hmm, tak baik mcm tu,mak mertua tu ibarat mak sendiri jgk kan. Apa motifnya aku dok melalut tntg ni?Kadang-kadang kita lupa dan alpa,kadang-kadang kita sombong dan bongkak, kita lupa siapa ibu mertua, kita abaikan mereka, tapi percayalah, tanpa redha ibu mertua, tak ke mana jgk kan kita (silap-silap ke neraka )moga dijauhkan. Aku cuma nak ingatkan utk diri aku jea, sbb kdg2 kita xsedar dan bila2 jea boleh terbabas.


Hakikatnya kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu bapa mertua adalah sama di sisi Islam. Hal ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Antara dosa-dosa besar adalah seorang anak yang menghina kedua orang tuanya.” Para sahabat bertanya: Apakah ada orang yang mencela ibu bapanya sendiri? Baginda bersabda: Ya, apabila seseorang menghina ayah orang lain maka sama seperti dia menghina ayahnya sendiri. Dan seseorang yang menghina ibu orang lain sama seperti dia menghina ibunya sendiri.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Jelasnya, betapa pentingnya menghormati mertua, hmm berlaku adil lah. Kalau hari ni,kita buat perkara yang menyakiti mertua kita, baik mak atau bapa mertua, insya allah, esk menantu kita balas balik erk. Jadi renung-renungkanlah. 


Berikut merupakan tip-tips yang boleh dijadikan utk memenangi mertua :



1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..
daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak 
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Rahsia Surah Yassin ayat ke 58

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Assalamualaikum wbt...

Semalam masa tgh bca2 majalah Perempuan bil 241, terbaca di halaman Annur, jd nk sharing2 lah =.=
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, SEMUA HAJATmu, akan dimakmulkan. Jika boleh niatkan sebegini :

  • Ya- Allah Ya Rahim, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
  • Ya Allah Ya Rahman, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan dan mencintai islam
  • Ya Allah Ya Razzak, kuniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat 
  • Ya Allah Ya Jabbar, makmulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
  • Ya Allah Ya Mutaqabbir, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
  • Ya Allah Ya Waduud, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad Yang beriman kesihatan zahir batin
  • Ya Allah Ya Zaljala Liwal Ikram, makbulkanlah semua hajatku dan redhaikanlah aku..
sekian, terima kasih

Tuesday, September 27, 2011

dEnGAN naMA yG mAHA pEmURAH LAGI mAHA PenYayanG

aLhamDULILLAH.. sUdah 3 mINGGU, di BuMI TG mALIM, MASIH DIberi keseMpatan unTUK mENeruskaN pEngajian Di seMESTER 3! dEnGan BaNGGANYA, 1 aSSiGmENt pUn masih TIDAK teRUSIK :) :)..

Thursday, February 24, 2011

sahabat..dimanakah kalian?

Dalam hidup,boleh kea kita jalaninya tanpa sahabat???...pada mereka mgkin ya..ya saat ini,aku rindukan mereka yang bernama sahabat..aku tercari2..wujudkah kasih dan sayang dalam persahabatan..aku rindu mereka..sgt rindu...Mungkin aku yang salah..mungkin aku yang silap..x mengapa..aku menunggu..siapa yang akan mulakannya..andai aku salah...maafkan aku...andai persahabatan kita hingga di sini, biarkan aku berlalu...dan kalian..teruskan kehidupan dengan penuh kegembiraan..ya perjuangan kita berbeza..tp impian dan harapan kita,bukankah sama?..di mana letaknya pengorbanan seorang sahabat..aku kecewa....

Wednesday, January 12, 2011

assalamualaikum.......

hurm..tension..rension..sakit nya ati..susahnya ati..owh..owh..knapala jd macam ni,saat akhir..kena drop kelas english communication..sedih..tp lg kecewa..rasa amat rugi la..siapa yang salah..sebenarnya..kucar kacir hidup ni..owh..owh..Tapi mungkin xnmpak hikmah semua ni lagi..yup,kadang2 ada sesuatu yang ALLah SWT nak tunjuk..bersabarlah wahai hati..walau rasa amat kecewa..hurm..kecewa..apapun..think positive!!!! smile is better!

Wednesday, January 5, 2011

assalamualaikum....wbt..

Bru seminggu aku kt sini...hari ini kepala aku dh pening belajar kelas teori etika dan moral..adushh!!!tue la..dari dula lagi aku ni xmau stdi sungguh2 dalam menguasai bi ni..tp hari ni mcm..timbul satu kesedaran...penting dalam menguasai bi ni..dah la pensyarah luar..dari Jerman!!owh..owh..mcm mna la aku nk teruskan kehidupan lagi 13 minggu????xkan nk drop???truskan..bermakna..mmg ada risiko...hurm..macam ni lah hidup..bukan senang nak jadi senang..kadang2 aku tengok..bersyukur aku dapat kos ni..walaupun x glomour...xpalah..aku dah cukup bersyukur..

Lupakan semua ni...aku tengah confius..nak blik ke x kg hujung minggu ni..ada brg yang tertinggal..hurm..nk blik or x...kalau balik,sah2 duit aku abis..--

Sunday, January 2, 2011

aSsALAMULAIKUM..wbt..

Alhamdulillah..2011 sudah!umur pun da meningkat..21 tahun!syukur kepada allah swt..aku masih diberi peluang untuk menjadi penghuni di bumi ini..Sedar xsedar..aku dh masuk sem 2..alhamdulillah..sem 1 berakhir dengan kenangan yang cukup indah..keputusan???syukur..aku bersyukur..mmg hnya setakat itu usahaku..dan aku redha..Kewajpan sebagai pelajar dan anak akan aku galas dengan sebaiknya..belajar adalah satu jihad..ya jihad ke jalan allah swt..esk 3.1.2011..kelas bakal bermula..Jadual??adoi..memenatkan!opps..ya belajar adalah satu pendakian..azam aku tahun ni..??TIdaK MenGHArapkan UnTUK mEnjadi Yang terBaik..cKUplah MenJADI lEBih Baik Dari Sblumnya>...jumpa LaGI!